Ngah layan feel dengan member.. ooo..glinche...
lalalaalala.....
Apabila kita menyanyi terasa kosong pemikiran dengan menghayati lirik. Walau tak sesedap sora penyanyi asal tetapi cukup la untuk dicalonkan penyanyi baru terbaek. baik punya!!!! ada juga hati dulu nak masuk audition satu rancangan pencarian bakat baru...tapi bila pikir balik kenapa nak bazirkan masa dan tenaga untuk menjadi penyanyi.
sekarang ini kalau dilihat kebanyakan orang terigin jadi penyanyi, ada yang sampai menangis apabila tak terpilih. Cuba ingat balik ada sorang penyanyi yang dulunya top sekarang di 'boo' oleh peminat. adakah anda mahu nasib seperti dia? Popular hanya sementara untuk kekal bukan senang sepatutnya penyanyi baru menjadikan Siti Nurhaliza sebagai contoh.
Samala dengan situasi kita, untuk bertahan lama kita perlu membina asas yang kuat. Kalau tidak kita berada di atas hanya sementara. Kenyakinan itu sangat penting. Biarla apa orang nak kata mengenai kita. Kita anggap itu untuk meningkatkan diri. Kita patut hargai apa sahaja komen biarpon pedas sebab dia sayang kepada kita. Saya sangat menghargai apa sahaja komen mahupun pandangan mengenai diri yang lemah ini. Tapi saya tetap yakin dengan apa yang dibuat dan akan memperbaiki jika ada yang kurang..
Jika tidak berani menghadapi ombak jangan bina rumah tepi pantai...
No comments:
Post a Comment