Perjalanan aku untuk bulan 4 sudah habis.. Sekarang masuk bulan 3 blog aku berfungsi. Macam-macam kisah yang aku post tapi ada setengah post bersiri tersangkut kerana aku tiada ilham untuk siapkan. Bulan 5 ni akan aku habiskan kisah yang tidak terlunas masa bulan 4. Semoga gaya penulisan dan post aku semakin bertambah baik..
Banyak aku belajar dari pengamatan aku dalam kehidupan aku. Bila aku menjelajah blog seseorang aku cuba untuk menghayati gaya penulisannya. Memang aku akui ada sesetengah blog mempunyai arah tujuan kenapa dia menghasilkan blog. Blog aku kekurangan sesuatu dan aku akan cuba untuk fokus dan memberi lebih kebaikan bukan sahaja pada aku tetapi sesiapa yang pikir berguna.
Itu motif blog aku dihasilkan. Biasalah mesti ada kekurangan dalam setiap apa kita lakukan. Biarpon kita dah melalui perjalanan seribu batu tetapi tiada siapa yang sempurna. Apa yang patut kita lakukan adalah menjadikan kekurangan itu sebagai kelebihan..
No comments:
Post a Comment