Pages

Monday, May 3, 2010

power low............

Hari ini aku sangat bersemangat sebab dah ada hampir 90% media untuk projek tahun akhir aku. Tapi, masalah yang timbul sekarang adalah aku tak sihat. Kefokusan, keterampilan, kekuatan dan segalanya telah turun ke tahap yang rendah. 

Aku telah membeli 2 biji panadol, 2 paket RADIX, 1 mee sup panas-panas untuk menambahkan kekuatan fizikal dan rohani ke tahap maksimum. Benarla cakap orang bila kita tak sihat macam-macam pemikiran negatif datang. Tapi akan ku gagahkan diri untuk fikir positif supaya aku mampu mempunyai kuasa maksimum demi projek tahun akhir. Doa ayah dan ibu ku tersemat di hati menjadi azimat untuk ku.

Aku harus berpikiran positif untuk cepat sembuh. Bila kita positif maka tak sakit. Ini adalah fakta tetapi malangnya aku tetap akan sakit dalam 1 tahun. Tak tahu la kenapa boleh jadi begini. Tapi tak mengapah pikir positif. Orang berjaya kerana berfikiran positif dan aku ingin termasuk dalam golongan tersebut. Tapi aku perlu berehat secukupnya..

Oleh itu, selamat malam..kerana esok hari yang ceria untuk ku..

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................................

My blood not B+.......

No comments:

Post a Comment