Pages

Saturday, May 1, 2010

Continued (4)

Katakan la aku sain jer kontrak tersebut bermaksud aku jual diri. Ikut suka hati dia la nak letak apa pon kalau dia kata aku dijual tak ke naya. Jadi, aku and the geng bincang sama-sama. Bak kata pepatah melayu.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangal lengan.

Kami pon sain la juga walau dalam hati yang berat. Harap-harap tiada benda buruk berlaku. Manusia tak semestinya hati baik, kalau kena dajal ni memang sedap la kan. Apa pengajaran yang aku dapat adalah baca dulu setiap kontrak sebelum sain, jangan men hentam keromo je. Benda ni sangat bahaya kalau jadi apa-apa kita yang susah. Sekarang ni air liur dah tak pakai suma pakai hitam putih.

Mesti ramai yang tanya kenapa sain juga walau tau risiko? Sebabnya bermula sejak dari kedah lagi( aku reverse cerita bagaimana ni leh berlaku). Tapi disini la pentingnya kerjasama kena sepakat dalam buat apa pon. Selepas STPM ada gap yang panjang masa dari buat benda tak berfaedah baik kerja kan. memang suma member aku pulun cari kerja walau ada gak jadi suri umah.

Tapi pekan aku sangat kecil kalo kerja pon tak berbaloi dengan upah. Kebetulan ada member aku jumpa keratan akhbar pasal kerja. Siap tulis dijamin dapat (kena berhati-hati kalau jumpa iklan macam ini, ni mesti kes memeng terdesak cari graduan baru dan tiada pengalaman untuk kerja yang berkaitan sesuatu yang ramai tak berminat).. Jadi,kebetulan aku pon mencari kerja jadi aku dijemput join sama menjadi la 4 sekawan. Dalam iklan tu ada tulis senarai pejabat seluruh Malaysia sekali dengan nombor fon. Jadi, pejabat paling dekat adalah Alor Setar maka kami cubala nasib dekat situ. 

Destinasi pertama adalah Alor Setar. Bermulalah perjalanan dekat tapi jauh. Cari punya cari jumpa juga pejabat dia tersorok di sebalik deretan kedai. Tapi yang kelakar saiz signboard dia besar signboard kedai tukang gunting rambut.. Bila masuk dalam pejabat yang ada 1 meja, kerusi dan 1 biji komputer. Apa punya pejabat.. Drama pon berlangsung dengan bertanya betul ke tempat yang kami pergi ni.. Jawapannya adalah ya.

tunggu sambungan bagaimana nak tahu penipuan semasa temuduga........

Pisang takkan berbuah dua kali...........

  

No comments:

Post a Comment