Pages

Friday, May 14, 2010

Perasaan...

Terlajak perahu boleh ditarik,
    Terlajak aksi membinasa diri...




Begitulah pepatah melayu zaman dulu yang boleh guna sekarang. Mungkin bagi sesetengah orang tak mengapa membicarakan sesuatu yang pada asasnya betul tetapi kebenarannya tidak jelas tetapi pahit ditelan oleh orang dimaksudkan.. 


Cubalah untuk menjaga hati manusia, fahami dulu masalah yang dihadapi. Manusia memang mudah melakukan kesilapan dan kekadang tidak dapat berfikir baik dengan buruk secara manusia. Menjadi tanggungjawab kita memimpin membantu rakan yang telah bersalah.


Mungkin bagi sesetengah orang, tindakan yang dibuat itu adalah betul tetapi akibat tindakan yang berlebihan mampu menguris perasaan manusia.


Bukan suma mempunyai hati yang besi dan kental menghadapi segala masalah... Bila difikir sejenak, mungkin inilah kesan akibat kecanggihan teknologi dan globalisasi. Penyampaian maklumat menjadi lebih cekap dan pantas. Menyebabkan sesuatu berita tersebar dengan lebih luas lagi.


Akibatnya, berita tersebt menjadi goreng pisang panas yang laku dijual di tepi jalan. Tetapi ingatlah kesan akibat sesuatu itu........



Kaca yang keras boleh menjadi retak.....




Sentimen 'perasaan' haruslah dijaga.... 

No comments:

Post a Comment