Pages

Monday, May 31, 2010

What i got to do

Apa yang perlu dilakukan bila kena kezutan?


Satu kezutan tak disangka yang mampu getarkan hati ku...


Bukan senang aku nak hadapi semua ni..


Aku hanya manusia biasa..


Tapi mampukah aku hadapinya...


Bak kata semua orang kita mesti tabah untuk hadapi segalanya..


Tapi mampukah kita hadapinya..


Tepuk dada tanya iman....

Sunday, May 30, 2010

Rahsia bola sepak terbongkar........



Sempena dekat world cup ini memang musim akan tiba.. Makin ramai la nanti demam.. Yela, asyik makan
bola, tido bola, minum bola dan semuanya bola... Kalo dulu siap sanggup bangun pagi-pagi sebab bola.. Ni la kuasa bola kepada kaum adam. Takda makna kalo takda bola ni. Kalo tanya kepada kaum hawa apa jawapannya pasal bola ni ek??

Jadi, untuk tambah hot ni ada taktik pasukan yang bertanding untuk world cup.. Jadi untuk bakal-bakal yang nak main judi bola tu leh la buat analisis berdsarkan tips ni ek..

PERINGATAN: HARAM JUDI UNTUK UMAT ISLAM!!!!!!!!!!!


Ni memang harap kat Wayne Rooney sowang jer... (tips: sepak jer kaki rooney tu)




Ni memang kes nak bunuh orang.. (tips: pakat-pakat buat benteng kat tengah)




Ni memang nak cari penalti jer ( tips: kepung striker jangan bagi dapat bola)




Lu pikir sendiri!!!!!!!!!!




Mmmmm.... (tips: jangan amik pasukan ni)





Ni khas untuk warga Malaysia....

Selamat hadapi demam bola.......

hari ni cuti ker?

  Huhu.. spatutnya ku post blog ni semalam tapi nak buat camna ada tugasan harus ku lunaskan. hehehe... Apa yang berlaku masa jumaat lepas adalah streamix ku kena potong

Adoi...pening lak pikir tak kan TM net takleh consider cikit time cuti semester ni. Bukan aku selalu online pon..asyik dok lab jer. Yela, salah juga tak bayar bil tapi kasi can sikit..

Tak da internet ni buat diriku gundah gulana, weh boring la kat umah kalo tenet tak da ni. Hilang arah tujuan.. Ni bukan zaman batu mahupon purba.. Maybe bagi sesetengah orang cakap takpa takda tenet tapi bagi aku MAHA penting. huhuhu...

Cuba bayangkan kalo hidup tanpa ......

NO streamix (ni maskot streamix)




NO color TV




NO radio




Live in KT

Kebohsanan menjelma tiba.. Then gi juga Kt dengan member ku jumpa streamix semalam... Dulu dan sekarang sangat berbeza... kalo dulu ada juga parking tapi sekarang macam kat KL, kiri kanan keta je.. mau tak penin pusing-pusing... Jumpa jer tempat streamix tu aku was-was nak masuk.. Terpikir?? Buka ke sabtu dan aku pasan ada pakgad kat luar aku tanya

"pakcik, buka ke TM nak bayar bil streamix ni" aku tanya dengan penuh perasaan

" bukala tapi sampai kol 1"... aku tergamam. Bila check balik kat pintu memang tol, aduh napala malas membaca ni.. Musykil...

Masuk je dalam aku pot pet la...

" Abang nak bayar bil streamix ni.. Saya student lagi..bla..bla...leh la sambung.. ni cuti sem... bla..bla..." aku kata.

" ok..kami dah cuba sambung dalam masa 24 jam ada pape lagi" cakap kak comei tu...

Ni bab paling aku suke..aku pon mengadu la dengan streamix ni, dahla agak putus jer habis download aku stuck jer. Sekarang ni aku dah malas nak download paper citer. Just baca maklumat dan cari maklumat...

Pastu hari ini pas bangun pagi, aku bersyukur masih hidup lagi kat ats dunia terus lemah semangat!!! Tengok baju bertimbun-bertimbun.. La..apa aku buat masa cuti jumaat dan sabtu ni. Baju aku ni nak je hantar dobi tapi bila tengok poket kempis hmmm.. terpaksa kanselkan. Aduh...susah juga jadi student ni. dahla kena gi lab kena setel 2 3 benda lagi.. tapi tak pe aku yakin dapat setelkan benda-benda ni..

Tapi, aku banyak belajar benda yang baru dari lab. Apa yang penting adalah kerjasama...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu.......

Thursday, May 27, 2010

microbe???

Jom maen teka teki.. Benda ape la kat bawah ni. 
Haa yang nak tau cari sendiri....



Suspected vs suspected
(nampak cam merah dominate kan)


pure vs suspected


nampak x? xnmpk maksud @#$%..^^ 
( Pak belalang cakap)



Ni la Listeria monocytogenes dengan suspected colony....

Microbe ini sangat bahaya dan ada pada kebanyakan makanan.. ^^


next week want rest from lab

Penat..
ya memang penat dengan banyak benada

Benda hidup susah nak buat.
kadang-kadang jeles kepada yang buat analisis sebab tak perlu fokus banyak benda

Bila buat benda hidup ni meman kena fokus dan teliti
tak leh buat semberono jer.
sekali buat memang banyak
tak terkira jumlahnya...

Hmmm....memnag rasa nak give up la bila timbul masalah tak dijangka
ada ke patut janji leh pastu tak leh lak
Tak ke nk panas jer.

Tapi aku manusia yang baik.. 
Cakap baik-baik kat mak cik sebab banyak tolong saya..
Yela, at least kena appreciate juga sebab dia tolong aku..

Tapi yang paling utama nak ucap terima kasih kepada kengkawan yang banyak tolong
Arda, su, niza, Ain, hafiz, yana fer, ais, azura, shahrul dan sapa yang tolong tapi tak disebut nama.
Jasamu dikenang 

Apa yang pasti minggu depan no sampling next week..

Rest mode....................................................................................................................................................

Wednesday, May 26, 2010

Sedih.....

xbermaya............ penat sebab xberhenti keje je. pergi awal pagi balik petang. Umah dah panggil balik tapi xbalik2 lagi.

Dilema tol la..nk buat camna.. dahla macam-macam terjadi. Ni lah hidup sorang pelajar...

Tanggungjawab ku sangat banyak... tapi aku memang down sekarang.. rasa mau pulang dulu.......

Friday, May 21, 2010

Pusing-pusing..

Ku pening-pening..
dengan dirimu yang buat ku pening..

Ku pusing kiri kau pusing kanan..
Ku pusing-pusing kau duduk saja..
Bila ku pening kau buat ku tambah pening..
Aduhai..........

Kenapakah kau buat ku begini..
Adakah dirimu itu memang pening..
Ku tak tahan lagi dengan pusing-pusing...
Pusing sana salah, pusing sini salah..
Mau golek ku tak tahan..
Jangan buat ku pening begini..

Oooooo..
Ku pusing kiri kau pusing kanan...
Ku pusing-pusing kau duduk saja..
Bila ku pening kau buat ku tambah pening..
Aduhai..........

Ku bukan superman..
Aku hanya manusia biasa..
Tak ku mampu tahan begini..
Ku pening-pening buatku pengsan...
Oooooo.........

Gula dan dekan?

Aku rasa macam makn gula jer sekarang. Yela,terasa manis bila mendapat kabar gumbira. Tak sangka impian( aku pernah impi ker..mmm..) untuk dapat kepujian akhirnya berjaya juga..

Bukan senaang untuk dapat title ni, susah payah aku berusaha dapat juga. Memang puas. Nak kena ucap tima kacih kat semua lecturer dan sesapa yang banyak membantu aku. Neway thanks banyak2 ek.. 

So, asyik mkn gula jer dah habis gula kat umah. Tadi nak beli jer gula kena beratur. Apa cer..punya la panjang beratur dapat 1 paket jer (2 kilo).. Bagi la lebih cikit, ingat ni zaman perang ker. Kena concern gak..kekadang semut-semut ni suka sangat gula kat umah aku. Habis kena tengok betul-betul masa amik gula.. Sebab gumbira tak perlu gula kot???

Kalo amik banyak-banyak gula pon leh bawa penyakit.. Kena kawal la amik gula. tapi mampukah? Aku buat teh pon 2 sudu gula besar. Suggestion taken is 1 tea spoon!!!. So..mampukah aku minum air teh xda rasa teh. mmmmmmm.......

Saturday, May 15, 2010

Hari ini hari sabtu..

Sebut je sabtu mesti ingat cuti.. dulu masa zaman budak-budak memang akan depan tv pukul 9.30 pagi. Kenapa? Mestila sebab cerita yang best lagi mantap, Dragon Ball.. Memang  tak miss nyer... Yang lawaknya heronya kalau mati pon akan hidup semula. Masa lawan lak kekadang leh lak tahap 1,2 dan 3. Kenapa ek jarang orang sebut nombor 4. Apa yang spesel pada nombor 3 ni. Adakah berhantu?

Kekadang bila ingat balik apa yang berlaku masa dulu pada hari sabtu memang kelakar. Kerana minat kita sanggup untuk lupakan dunia seketika, nak buat camna pengaruh sesuatu itu mampu memberi kesan kepada kita. Neway, tu zaman dulu masih layan cerita kartun. Tetapi sekarang hari sabtu adalah masa rehat bagi aku.

Bukan senang nak dapat waktu rehat yang sempurna. Jadualku sekarang ini terasa padatnya. Sok start buat projek. Tetiba rasa malas lak.. Tapi misi perlu diteruskan cuma dalam dilema sekarang...

Otak aku sangat letih pada minggu ini, walaupon bercuti 2 hari tapi masih belum cukup bagi ku.. Rasa nak je tambah cuti, dahla tak balik kampung lagi..

mmmm..............

Friday, May 14, 2010

Perasaan...

Terlajak perahu boleh ditarik,
    Terlajak aksi membinasa diri...




Begitulah pepatah melayu zaman dulu yang boleh guna sekarang. Mungkin bagi sesetengah orang tak mengapa membicarakan sesuatu yang pada asasnya betul tetapi kebenarannya tidak jelas tetapi pahit ditelan oleh orang dimaksudkan.. 


Cubalah untuk menjaga hati manusia, fahami dulu masalah yang dihadapi. Manusia memang mudah melakukan kesilapan dan kekadang tidak dapat berfikir baik dengan buruk secara manusia. Menjadi tanggungjawab kita memimpin membantu rakan yang telah bersalah.


Mungkin bagi sesetengah orang, tindakan yang dibuat itu adalah betul tetapi akibat tindakan yang berlebihan mampu menguris perasaan manusia.


Bukan suma mempunyai hati yang besi dan kental menghadapi segala masalah... Bila difikir sejenak, mungkin inilah kesan akibat kecanggihan teknologi dan globalisasi. Penyampaian maklumat menjadi lebih cekap dan pantas. Menyebabkan sesuatu berita tersebar dengan lebih luas lagi.


Akibatnya, berita tersebt menjadi goreng pisang panas yang laku dijual di tepi jalan. Tetapi ingatlah kesan akibat sesuatu itu........



Kaca yang keras boleh menjadi retak.....




Sentimen 'perasaan' haruslah dijaga.... 

new day, new hope & new begin...the new journey...


Mitsubishi evo..(my dream car)

Finally, I can rest in good condition and drive my lovely car straight on the road without worry used again reverse gear for 2 days to complete my journey.

However, it has been a tough week for me. There were too much obstacle that disturbed my journey. My emotional become uncontrollable thus it creates unusual habits that different from normal.

How I am supposed to live in peace if the problem unsolved? Luckily, the problem have been solved. Now..I feel a new energy drawn into myself.

My heart and love only to her.. I really want to be with her forever.. My promise to you is that I will never again become my old attitude.

Now, I come with a new spirit to shine my new day, new hope and new begin of everything. The journey for me only has begun.....

To 

Thursday, May 13, 2010

I am sorry...

Sorry for everyone that being terasa dalam hati...

Tired...

I was so tired with everything. After one come another one. Could we just create a good harmony relationship. For me past is past and let we focus in the future for new hope....

Sapakah bila berjalan ada bekas tapak kaki depannya?

Ini adalah sebuah teka teki untuk hiburan tetapi mempunyai maksud yang mendalam. nampak macam tak logik tapi bila pikir jawapannya memang logik.. cubala teka...

Mari kaji dulu teka-teki ini. Maksud teka-teki ini adalah seseorang bila berjalan kehadapan tetapi ada bekas tapak kaki dihadapannya tak kira berjalan sejauh mana pon.

Pelik tol, sepatutnya bila berjalan mesti bekas tapak kaki ke belakang tetapi camna leh lak berjalan ada bekas tapak kaki dihadapan. Mesti ada yang tahu jawapannya kan? 

Jawapannya berjalan ke hadapan tetapi menghadap kebelakang. Jadi, mesti ada kesan tapak kaki. Apala motif aku tetiba buat teka-teki ini. 

Untuk makluman, ada orang berjalan ke hadapan tetapi masih menghadap belakang. Please la.. Sekarang ini mesti tengok kehadapan barang yang lepas jangan dikenang.

Takkan la nak diungkit kot benda yang lepas. asyik tengok belakang je tersadung kaki sebab tak nampak kayu kat depan. Tak ke naya tu. Please la jadi owang yang berjalan menghadap ke hadapan atau bawa kereta ke hadapan. 

Takkan nak guna gear reverse untuk sampai destinasi? Pastu asyik pandang belakang tetiba ditambah dengan bekas kaki orang lain. Mula jadi rojak. Sepatutnya ayat abc ditambah atau ditukar jadi amnbcsdd...

Kalau betul pon tengok la masanya...dulu dan sekarang adalah masa yang berbeza. Untuk maju harus pandang ke hadapan.

Aku akui pernah lakukan kesilapan tetapi aku sudah berubah. Bukan macam dulu lagi tetapi untuk yang masih berjalan pandang kebelakang tolong pandang ke hadapan dan lihatlah diriku sekarang...



Dulu dan sekarang berbeza.......

Wednesday, May 12, 2010

Incomplete..


Fikiranku baru menyedari bahawa banyak benda salah berlaku hari ini. Semuanya disedari bila ku start nak buat sampling..


Dahla pening nak buat projek tetiba dapatt panggilan untuk ku pergi amik darah. Memang nak tolong tapi aku mana leh tinggalkan media aku camtu sahaja..rosak la kalau biar 5 minit pon. Mengendalikan mikrob ni buat aku bekerja dengan penuh berhati-hati dan mesti rancang dengan baik. Salah aku juga kerana tidak merancang dengan baik. 

Nak buat camna nasi dah jadi bubur..aku dah tolong tetapi jadi hemolisis lak darah (google sendiri ek..) jadi terpaksa buat sekali lagi. Dahla kena cucuk 2 tempat hari tu tak ke naya kalau berulang kali kedua, nanti bila aku nak buat plating.. tangan aku perlu fleksible dalam mengendalikan mikrob terutama Listeria, salmonella dan seangkatan dengannya..


Tetapi aku tak kisah dalam membantu cuma faham keadaan aku ketika itu. Bukan sengaja tak nak tolong. Tapi tak apela bersabar la fer.. Kau kena rancang dengan baik dan lebih berdikari.

Memang sangat sedih apabila projek yang dirancang tidak berjalan dengan baik.. Aku ingat dapat siapkan enumeration of bacteria but still incomplete only swab sample been handled. However, I learn a new basic things that good for my project..

Planning must goood....

Tuesday, May 11, 2010

Codename: Think!!!!!!!

Apa yang berlaku hari ini sangatlah bermakna untukku. Tetiba aku rasa pengetahuan aku dalam mikrob adalah 0. Banyak lak benda baru yang aku belajar. Memang ku akui meninggalkan mikrob untuk jangka masa yang lama buatkan aku the new person...

Pesanan penaja. Kena pikir dengan apa yang dibuat takkan tak tau apa yang dilakukan. Tetapi namanya pelajar jadi kami kena belajar benda yang baru. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada puan ****** kerana telah membantu saya sepanjang minggu ini. Memang jasamu ku kenang.

Yang pasti aku juga mendapat pertolongan daripada kawan yang sanggup menolong aku sepanjang buat media minggu ini. Memang ramai sangat. Perjalanan aku masih lagi jauh. Tetapi yang pasti kita kena bekerjasama dalam buat apa pon.

Tq kepada yang menolong dan berharap projek kita sama-sama berjalan lancar

Sunday, May 9, 2010

A new day..

Hopefully i will get a happy day everyday...

I come with peace....

Rasa macam pernah dengar ayat ini tapi di mana ya. Tak pe la tak penting pon. Semalam aku agak emosi dalam meluahkan perasaan. Sepatutnya aku mengawal perasaan aku dalam meluahkan sesuatu walaupon berkias tapi panah panas tetap menusuk kalbu. 

Rasanya aku tak perlu melayan tindakan bodoh beliau. Tidak dinafikan cara aku berkias menyebabkan ramai yang salah sangka. Sebenarnya hanya dia yang hantar mesej kat aku itu sahaja yang bersalah. Harap paham...

Apa kejadahnya menghantar mesej dalam pukul 3 pagi untuk buat fitnah? Apakah reaksi anda? Berdiam diri sahaja setelah lama memendam perasaan?

Tetapi aku manusia yang lemah dan mungkin pernah membuat sesuatu yang menyakitkan hati seseorang. Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk memaafkan sesama muslim. Maka aku ingin meminta maaf atas keterlanjuran kata ku dan ingin dia meminta maaf kepadaku.

I come with peace...but the blood debt will be paid blood also.

Think before action......

Saturday, May 8, 2010

Paneh...

Saya sangat panas sekarang. Ya, bukan sebab cuaca panas yang berpanjangan ni tetapi manusia. Sesetengah manusia yang panas kemudian buat aku panas.

Tolongla...jangan biarkan darah muda aku naik. Aku dahla tak sihat. Kang aku panas takut tak terkawal. Mulut tu kena jaga cikit.

Jangan pikir pakai pala lutut. Ingat aku ni pedendam ker? Nak ungkit-ungkit kisah lama. Tampor kang..

Habis mood aku nak buat media sok. Semoga sumanya berjalan lancar. Banyak pula aku kena buat,. Pening lak bila pikir apa aku kena buat ni. Beratus media nampaknya aku kena buat. 


Yang penting aku yakin leh siapkan.. Mmmmm...doakan aku ek smoga berjaya.

Mission begins...

Akhirnya setelah berpenat lelah mencari ku temui juga apa yang dicari... Bukan senang untuk mencari ditambah dengan mental yang semakin lemah ditekan. Tapi kuasa ALLAH itu amat besar. Kita seharusnya yakin dengan kekuasaan dan kebiksanaannya. Tiada apa yang mampu menandinginya..

Banyak ragam yang berlaku semasa dalam proses mencari.. Memang menjadi pengajaran dan pengalaman yang amat manis untukku...

Lega perasaan aku bila akhirnya berjaya juga....

Thursday, May 6, 2010

I have a secret....... Dont tell anyone!!!!!!!!


.........................



.........................................



....................................................



.....................................................................



...................................................................................





???????????????

Secret is secret until I told the secret...... 

"Aku sangat mencintaimu sayangku... Thank you for everything........"


Love is magic........


Troublesome weeks for unpaid soldiers.....



The most troublesome weeks  for me is this week. Why? It started when i got a flu. Alright, not be afraid with me. I am not infected with H1N1 yet but the weather condition caused me this illness. The rain did not come for almost 2 weeks. The condition is very dry plus so much dirt and dust including virus.








vs



         My unpaid soldier                                                                                      Invader 
                                                                                                                    

When too much pick up this things into my body, the unpaid soldiers inside my body told me. We could not hang on...need backup the invaders have been grow to 1 million battalion. Thus, the headquarters would send an agent red ( not be mistaken with agent orange ya..).

My body would get hot and my unpaid soldier will launch a new attack to invaders. However, too much casualties on my side cause the agent red being widespread on my body caused me more critical. The symptoms included attacking on my HQ (headache), the releasing of chemical (flu), fire caused too much smoke and wind (cough) and blood (sputum..google it).

Thus, I need to request a help from the World... The people help me by giving a new weapon to destroy the invaders. And it is really work. My unpaid soldier began to work hard and manage to destroy the invaders. What a new weapon? you no what I meant...

However, the battle still continued..... who will win?


Semoga cepat sembuh.....

Wednesday, May 5, 2010

wake up boy....

I know u are sick now. Pretend you are not sick, u must have a positive attitude.

       Wake up boy..beat all the negative aspect..

                Show your power to the world........



Bola api.....

U can do it...

Monday, May 3, 2010

power low............

Hari ini aku sangat bersemangat sebab dah ada hampir 90% media untuk projek tahun akhir aku. Tapi, masalah yang timbul sekarang adalah aku tak sihat. Kefokusan, keterampilan, kekuatan dan segalanya telah turun ke tahap yang rendah. 

Aku telah membeli 2 biji panadol, 2 paket RADIX, 1 mee sup panas-panas untuk menambahkan kekuatan fizikal dan rohani ke tahap maksimum. Benarla cakap orang bila kita tak sihat macam-macam pemikiran negatif datang. Tapi akan ku gagahkan diri untuk fikir positif supaya aku mampu mempunyai kuasa maksimum demi projek tahun akhir. Doa ayah dan ibu ku tersemat di hati menjadi azimat untuk ku.

Aku harus berpikiran positif untuk cepat sembuh. Bila kita positif maka tak sakit. Ini adalah fakta tetapi malangnya aku tetap akan sakit dalam 1 tahun. Tak tahu la kenapa boleh jadi begini. Tapi tak mengapah pikir positif. Orang berjaya kerana berfikiran positif dan aku ingin termasuk dalam golongan tersebut. Tapi aku perlu berehat secukupnya..

Oleh itu, selamat malam..kerana esok hari yang ceria untuk ku..

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................................

My blood not B+.......

Saturday, May 1, 2010

Continued (4)

Katakan la aku sain jer kontrak tersebut bermaksud aku jual diri. Ikut suka hati dia la nak letak apa pon kalau dia kata aku dijual tak ke naya. Jadi, aku and the geng bincang sama-sama. Bak kata pepatah melayu.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangal lengan.

Kami pon sain la juga walau dalam hati yang berat. Harap-harap tiada benda buruk berlaku. Manusia tak semestinya hati baik, kalau kena dajal ni memang sedap la kan. Apa pengajaran yang aku dapat adalah baca dulu setiap kontrak sebelum sain, jangan men hentam keromo je. Benda ni sangat bahaya kalau jadi apa-apa kita yang susah. Sekarang ni air liur dah tak pakai suma pakai hitam putih.

Mesti ramai yang tanya kenapa sain juga walau tau risiko? Sebabnya bermula sejak dari kedah lagi( aku reverse cerita bagaimana ni leh berlaku). Tapi disini la pentingnya kerjasama kena sepakat dalam buat apa pon. Selepas STPM ada gap yang panjang masa dari buat benda tak berfaedah baik kerja kan. memang suma member aku pulun cari kerja walau ada gak jadi suri umah.

Tapi pekan aku sangat kecil kalo kerja pon tak berbaloi dengan upah. Kebetulan ada member aku jumpa keratan akhbar pasal kerja. Siap tulis dijamin dapat (kena berhati-hati kalau jumpa iklan macam ini, ni mesti kes memeng terdesak cari graduan baru dan tiada pengalaman untuk kerja yang berkaitan sesuatu yang ramai tak berminat).. Jadi,kebetulan aku pon mencari kerja jadi aku dijemput join sama menjadi la 4 sekawan. Dalam iklan tu ada tulis senarai pejabat seluruh Malaysia sekali dengan nombor fon. Jadi, pejabat paling dekat adalah Alor Setar maka kami cubala nasib dekat situ. 

Destinasi pertama adalah Alor Setar. Bermulalah perjalanan dekat tapi jauh. Cari punya cari jumpa juga pejabat dia tersorok di sebalik deretan kedai. Tapi yang kelakar saiz signboard dia besar signboard kedai tukang gunting rambut.. Bila masuk dalam pejabat yang ada 1 meja, kerusi dan 1 biji komputer. Apa punya pejabat.. Drama pon berlangsung dengan bertanya betul ke tempat yang kami pergi ni.. Jawapannya adalah ya.

tunggu sambungan bagaimana nak tahu penipuan semasa temuduga........

Pisang takkan berbuah dua kali...........

  

Donut,,,,,,,,,

 

Donut time.......kringggg....


Hari ini aku menikmati lagi Big Apple Donut.. Terima kasih encik azrin menyebabkan aku makan donut yang sedap dan lembut (menambahkan kalori lagi la). Secara jujur, aku memang suka donut. Tapi donut big apple agak spesel berbanding donut lain sebab variety yang kita leh pilih. Secara jujur aku hanya pilih aje yang ada coklat dan cheese tapi tak salah untuk cuba sesuatu yang baru.,,jadi aku makan semua jenis yang dia belanja.. Peace!!


Ni feveret en azrin..jujur cm dia letak kelapa parut jer



memang lazat.. i like it



Strawbery flower.. yummy!! Buat ku teringat Cameron Highlands (akan ku buat post psl ni)


Kurang menjadi pilihan.. Rasa? cubala.



good combination

En azrin sangatlah baik kerana membelanja ku hari ini. Tapi nak buat camna rezeki jatoh dari langit kata kan.. hahaaha.... Tapi camnapon aku nak credit En H**** sebab dia yang blanja aku big apple ni first time. Since that i really love big apple.. Tapi aku dah ada impian untuk mencuba pelbagai jenis donut di pasaran.. antara yang dah rasa mestila dunkin donut..



Among my feveret but big apples tetap di hati..

Tapi secara jujur, aku memang bercadang nak buka francais donut sebab donut senang untuk dihasilkan dan mempunyai permintaan. Jadi tak salah untuk mencuba kan, lagipon aku ada pengalaman dalam hasilkan donut ni. Yela, masa kelas komersial aku ada juga praktik dalam hasilkan donut. Ada perbezaan juga antara donut aku hasikan dengan yang pasaran. Kenapa diaowang punya agak leper? Mungkin berlainan formulasi? tak mengapa akan ku hasilkan donut yang lagi sedap dari yang ini. Tunggu post aku yang ceritakan bagaimana nak hasilkan donut ni. Resepi rahsia.. shhh.... Dalam kebanyakkan donut di pasaran, banyak telah aku rasa dan menikmati tapi mampukah aku menikmati donut ini???

Simpson donut??

Tepuk dada tanya hati...




Frenz...


Frenz Forever


Terima kasih kepada my frenz yang tolong betulkan blog ini. Banyak juga komen dan pandangan bernas dia kepada aku. Kena akui la yang member-member yang bagus akan menolong kita, walau kebenaran pahit ditelan tapi untuk kebaikan kita haruslah diterima. Kalau tanya pada diri memang perfect tapi pandangan orang lain?Secara jujur aku jumpa ramai kawan yang baik sejak aku masuk UMT ini termasuk la bekas jiran dan housemate aku sekarang ini. Kalo nak dikira banyak kenangan pahit, manis, tawar dan umami telah aku lalui bersama. Dari sini kita akan kenal sapa kawan mahupun musuh.

Dari 1 laman web sosial aku dapat berjumpa ramai member-member lama yang terputus hubungan  selepas sekolah (dulu pakai friendster sekarang facebook ). Masa tu kita selalu jumpa bersama sejak tingkatan 1 lagi. Mesti dah masak dengan perangai masing-masing. Bila jumpa tengok perangai tak berubah tapi fizikal mmm... aku no komen. Yang tak besnyer bila tengok fizikal diri aku sekarang. Makin ***** bila la nak kurus. Mesti kena tegur bila jumpa atau tengok gambar. Banyak sangat perubahan berlaku, adakah sebab aku bahagia?(leh tanya lagi..sendiri mau ingat la).

Tapi aku sangat-sangat berterima kasih yang telah membantu aku hingga tahap sekarang.. benar kata orang siapalah kita tanpa kawan. Tetapi aku nak beri kredit juga kepada yang tersayang sebab sudi jadi kawan masa susah dan senang. I really appreciate it.... Kepada yang jadi musuh harap dapat buang yang keruh jadikan jernih,, Sorry for everything...


lonely?


Hopefully we are happy always.........