Pages

Wednesday, April 28, 2010

the day of today...

Tired

fatigue

sleepy

not motivated

lazyness

please someone turn on my life again......

Saturday, April 24, 2010

continued (2)..

K.. ni sambungan cerita yg lepas. Nape la lambat sangat nk tulis.. memang agak buzy dengan banyak benda tambah-tambah fyp nyer... sambungannya...

Then, datangla laki tersebut... memang lega ingat dah kena tinggal. aku pon masuk la dalam kondominium ***** **** (asrama pekerja, nampak grand). Nek lif tingkat 23. memang tinggi... mata dah kuyup sampai je terus lena diulit mimpi.. ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz..... (nama kondo je tapi apa pon tiada.macam hampeh jer...teringat adakah aku ni sama macam yang datang kerja kat Malaysia)

esoknya.. adalah masa terjah KL (actually kitaowang dh kene kerja tapi tak tau sebab ingat ahad so public holiday jadi amik masa jalan-jalan).. kena kenal dulu tempat kerja 'tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak kenal' ayat feveret member aku sorang ni. Pusing la KL dengan nek LRT. melawat banyak tempat yang menarik... contohnya... aku pon dah agak lupa lak.. tak apela abaikan aja sebab Kl kan besar lagipon suma dah pernah gi KL. Pusing-pusing, jalan-jalan cari makan. Makan lak kat kedai mamak.. apa lagi.. teh tarik 1 tarik biar tinggi, kari dengan kepala sotong, ikan suma ada.. memang terasa kehangatannya.. (yela, duit poket bekal kampung masih tebal katakan).

Kenyang sampai tak larat jalan. Terasa malas lak berjalan balik apekan daya terpaksa la tak kan nak tido dekat tepi jalan. balik nek LRT juga, tapi silap nek tren. Aku naik tren dari pudu ke arah Sentul sepatutnya ke cempaka.. Memang pelik la tengok jalan tak sama masa pergi. kebingungan suma kata sabar kena tunggu pusing dulu. Tapi sanggupkah menunggu. las-las turun dekat stesen sebelum Sentul dan nek balik ke arah jalan yang lurus. Hehe.. Bila sampai cempaka kami sesat. take decison jalan tapi amik teksi. Memang tol teksi Kl ni cekik darah.. Pusing jer jalan tak sampai 1 kilometer caj RM1 sorang. apela punya teksi... kalo caj RM2 untuk kami 4 orang tak apela. memang sumpah dalam hati jela..

Sampai Kondo tengok ramai dok  bertenggek dalam kondominium tu.. Memang ramai yang senasib dengan kami. Ingat asrama pekerja ini best tapi apa pon tiada. TV, peti sejuk, paper suma tiada. (Menarik untuk dikaji adakah majikan menghalang kami mendapat maklumat sumber dari luar, memang licik majikan aku ini takut kami mencari kerja dekat tempat lain kot). KL kalo tengok malam dari kondo ni memang menarik. The city that like never sleep.. Letih menikmati pemandangan terus lelap beralaskan tilam masam yang macam tak rasa kewujudannya bila baring...

End of day 2...

Monday, April 19, 2010

Saling terpesona~~~(continued 1)


       Ketika saat tak dijangka sukar untuk ku percaya
Dengan pantas masa yeh bawa kita berdua
(Bridge)
Dengar lagu nyanyikanlah melodi yang indah
Hiburkanlah hati jiwa yang berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa memikat hatiku


(Korus)
Bila kita bersama mesranya berbicara
Hilang getar di dada saling terpesona
Namun tak bermakna kucinta
Bila kita bersua kau buat kuselesa
Wajah manis dan ceria kita saling teruja
Namun tak bermaknaku cinta 2x


Terpancar kerlipan di mata kurasakan semangatmu
Ku cuma kau ingin caramu setia melayar mimpi


(Ulang bridge & korus)
Tahukah aku memiliki impian
Meski berbeda jalan dan haluan
Seiringan merentasi dugaan
Sinar harapan pastilkan menjelma


Hiburkanlah hati dan jiwa berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa memikat hatiku


(Ulang korus)

Yanie & Diddy - Saling Terpesona



Secara jujur lagu ini sangat memberi makna kepadaku.. Kenapa? Semasa aku merantau mencari sesuap nasi lagu di Kl lagu ini yang tengah top masa itu.. (hehehe..dramatis lak) di kolompo bahasa mudahnya, aku dan kengkawan (3 orang) dapat tawaran kerja di kolompo selepas interview di kedah. Memang suma excited untuk bekerja. Secara jujur, kami masih tak pasti apa kerja yang kami dapat. Setakat diberitahu memang jadi teknikal. Memang rumble la.. Sangat la jauh aku merantau naik bas kol 12 mlm smpi pukul 4 pagi kat stesyen pudu dari kedah kira la berapa ratus kilometer. 

Tanpa ada sedara mara yang datang menjenguk, jenuh tepon orang yang sepatutnya amik kami. Tepon punya tepon dia pon datang. Ok..1 jam menunggu k. bayangkanlah camna perasaan semasa itu. Hanya tuhan saja yang tahu.. Cantik la juga kereta kancil yang datang jemput tu. Menariknya, semasa nak masuk barang dalam kancil tu ternampak la berkotak-kotak penapis air. Perasaan pelik menerjah masuk di minda. 
Inikah tugas aku membaiki penapis air? dengan tak mandinya masuk la dalam kereta itu macam tin sardin. pusing punya pusing sampaila depan kondominium pandan indah. Kami ditinggalkan sekejap dia cakap nak parkir kereta kat tempat len. Datangla pak misai@ pak gad kondominium tu la, tanya apa tujuan kami datang.. yang menariknya lama sangat sembang pak misai tanya.. 
"Mana orang yang hantar kamu tu. dia tak datang pon. Kamu semua kena tipu kot.." cakap pak misai kepada kami.
Halilintar datang menerjah masuk minda. Semua terkejut dan suasana yang harmoni tadi jadi sunyi sepi.. hanya cengkerik menggesek biola memeriahkan suasana.. 

Apakah yang terjadi selepas itu??

Sesuatu kejayaan itu bermula dengan satu langkah... 

Sunday, April 18, 2010

THe journey only begin

Satar oh satar... who have eaten Satar? what it looks like? Is it a food? not uncle satar k.. hehehe,,,
The answer is yes...

The traditional food in Terengganu become a subject in my final year project. But i do research on bacteria in Satar...
Satar the terengganu local food.. delicious? why dont try it..


Honest la... i think everyone of us have already eat food without concern about safety. It is because we don't care about the risk of foodborne illness. One of my teacher exactly lecturer told me that a delicious food contain a bacteria?

oh my god..but us must know that food not sterile, it contains a bacteria in low amount. Our body has ability to destroy the bacteria but if we consume too much bacteria van cause ill. I hope I can help to establish a good food chain that care about cleanliness. I really want to eat halal toyyiban food..

Let the journey begin...

mission impossible+ fatigue = exhausted

Akhirnya.. telah ku hantar jua proposal aku.. mm..bukan proposal masuk meminang. Tetapi proposal untuk tahun akhir aku. Bersyukur aku kepada Allah  yang maha besar kerana memberi rezeki dan kekuatan untuk menyiapkan misi aku untuk menyiapkan proposal..

letih..
penat...
mengantuk...
malas...

kenapa semuanya datang menjelma ketika aku menyelesaikan tugasan ini. Aku terpikir, adakah aku akan jadi begini bila bekerja nanti. Yang pelik, di saaat nak saipkan sesuatu ada saja sesuatu yang akan mengalihkan perhatian kita.. Walau fokus bagaimanapun tetap akan ada sesuatu yang menghalang aku memberi 100%. Ya, aku agak kecewa kerana tidak dapat memberi yang terbaik untuk tugasan ini. Tapi harus ku akui bahawa aku boleh buat yang terbaek selepas ini.

Apa yang perlu aku buat sekarang adalah berehat kerana banyak lagi yang perlu aku teruskan. Aku memang sangat-sangat letih. Semester ini memang memberi tekanan mental dan fizikal untuk aku. Begitu banyak aku korbankan..

Banyak benda mengajar aku erti seorang pelajar.. perjalanan aku baru bermula. Masa untuk menjalankan projek..  tetapi aku perlu berehat dulu.. Take a break....

badan sihat otak cergas...

Tuesday, April 13, 2010

a..b..c.. dan Y?

First, ada yang bertanya. " Kenapa kau buat blog ferdaus?" tanya seorang kawanku. Aku menjawab " Kerana aku nak abadikan kenangan dan pada masa yang sama dapat tingkatkan kemahiran menulis aku". 


Saya budak baru belajar.. masih merangkak bukan berlari. Benar ada yang mampu buat dengan lebih baik walau baru bergelar blogger. Aku sangat bersyukur kalau ada yang memberi komen membina padaku.. Memberi semangat kepadaku berkarya untuk lebih baik.


Mungkinkah..


Gaya penulisan aku yang agak skema bab ulat buku

Kurangnya pemikiran kreatif dan kritis

Bukan luahan yang sebenarnya dari diriku.

Aku sangat meminati sesuatu blog yang memaparkan luahan hatinya.. Memang sangat berbeza cara penulisan kalau dibandingkan pada saat awal bergelar blogger dan sekarang. Apa yang pasti aku terkena satu renjatan yang menyedarkan aku. Terima kasih kepada yang memberi pendapat..


Hari ini lebih baik berbanding semalam....

Sunday, April 11, 2010

kaki ku berjalan...

Hari ini dalam sejarah aku berjaya merajinkan diri berjoging. Pelik bukan? kalo tak percaya cubala percaya. Terasa sangat best bila berjoging ini. Aku harap dapat berjalan @ berjoging supaya dapat kuruskan badan. Kenapa tak amalkan diet pelansing ada setengah member aku yang ber idea. mm... aku berfikir seketika dan buat keputusan..

" aku bukan tak nak minum coklat mata 7 tapi sia-sia kalo tak amalkan apa aku belajar" aku.

Polan ibni polan " Alah ko minum je coklat mata 7 konfirm kurus...". terdetik di minda aku. Adakah patut aku amalkan minum pelangsingan badan untuk kesan yang lebih cepat... Ya, memang berkesan tapi adakah bagus untuk kesihatan jika mengalami penurunan badan mendadak. Fikir-fikirkan lah..

Tapi yang psati aku akan turunkan berat badan dengan cara aku sendiri. Aku mesti amalkan displin dan perancangan yang teliti. I can do it!!! never give up and determination is important!!

*menurut kajian saintifik. Berjalan kaki selama 1 jam sehari mampu menambah kesihatan jantung. Amalan senaman dan diet yang seimbang dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan mengelakkan risiko penyakit kardiovaskular.

pilihan di tangan ku...