Pages

Wednesday, November 18, 2015

Coffee....mai secawan Part 2

Jadi anda sudah tengok bagaimana penyediaan kopi daripada seluruh dunia? Menarik bukan namun secara asasnya, penyediaan kopi bergantung kepada citarasa individu tersebut. Apa lagi...cubalah penyediaan yang anda minati atau cubalah teknik terbaru. Tidak terasa kerugiannya..

Namun tahukah anda kopi sebenarnya berasal daripada pokok caffea. Ia adalah tumbuhan asal di Subtropical Africa dan sesetengah kepulauan di asia selatan. Namun disebabkan oleh faktor kesedapan nikmat kopi tersebut maka telah dieksport lebih daripada 70 buah negara dan sekarang boleh didapati di seluruh dunia. Pengeluar kopi terbesar di dunia sekarang adalah Brazil. Diakui penghasilan kopi bagi setahun melebihi 2 jutan tan setahun. Satu jumlah yang banyak. 

Ladang Kopi yang luas



Tetapi bagaimana asal nama coffee bagi english la. Untuk bahasa melayu telah dimelayukan menjadi KOPI. Asalnya adalah chaoua sejak 1598 oleh orang inggeris tetapi disalah faham menjadi chaona. Tetapi Kerajaan Ottoman Turki sebenarnya yang menjadi asal nama coffee. 

Kita sudah tahu serba sedikit mengenai kopi tetapi pernahkah anda melihat buah atau pokok kopi tersebut? 

Pokok Kopi



Kopi segar dari ladang

Inilah dia kopi original yang masih belum diproses untuk penghasilan kopi. Tetapi sanggup ke anda terus makan mentah sahaja biji tersebut. Belum cuba belum tahu kan. Tetapi kopi mentah yang masih belum diproses telah dibuktikan melalui kajian mampu membakar lemak? Benar ini bukan tipu2 ok. Nak tahu.. tunggu sambungan...

No comments:

Post a Comment