Asrama mana tu?
Tak tahu ker...dekat asrama *** ******. Blok mane? Biarlah rahsia ek..
Bukan ape tak elok nak bagi takut orang kan.
Mungkin ada tak percaya tapi tepuk dada tanyalah dada.
Berlaku dekat asrama perempuan ni bukan ape sebab budak laki tak la kena rasuk pastu pelajar kaum cina dan india takda lak pernah dengar kena rasuk ni. tu yang musykil.
Kalau tak salah kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum cuti panjang, jadi ramai la yang dah pulang. Tinggal beberapa kerat jela yang tinggal. Adalah seorang hamba allah ni dok sorang-sorang dalam bilik. Masa tu tengah frust baru jer putus cinta. Dahla sedih ditambah sunyi maka termenung jauh la..
Kebetulan ade la kawan nak jumpa dia.. Dari sayup terdengar ade suara lelaki dalam bilik dia tapi suara agak garau dan lantang. Pelik, mana leh laki masuk dalam asrama perempuan. Tapi tak disangka-disangka meremang lak bulu roma kat tangan kawan dia ini. Terdetik kat hati nak je report kat pegawai asrama hal ni. Tapi pelik napa bulu roma beremang jer. Dia pon gagahkan diri dan cuba pintu tak berkunci.. Sekali nampak...
.............
......................
...............................
.....................................
Maka kecohlah asrama pastu, maka tergesa-gesa beberapa orang yang hebat datang ke bilik. Pakat suma cubala macam-macam jenis cara tapi tak berhasil. Walau lima orang lelaki cuba angkat dia tapi berat sangat macam nak angkat batu yang sangat besar. Masa itu minah tu mata sangat terbeliak, dengan mulut ternganga... Macam cuba bercakap tapi tak keluar lak suara..
Suma orang berpandangan dan panggil lah segala bantuan termasuk seorang 'ustaz' tak bertauliah, student la k. Bukan sahaja gagal malah sekali ditempeleng 'ustaz' tu... Pergh...begitu hebat penangan sampai patah 2 butir gigi depan... Jadi satu hal nak kena handle sorang tu.
Keadaan yang tapi agak tenang tetiba kucar kacir, minah tu macam dirasuk dan meronta-ronta. Maka bertungkus lumus hero-hero tahan minah dari jadi lebih ganas. Semua terpinga-pinga...
Tak disangka datang seorang ketua bomoh dari kampung berdekatan. Patut pon dia tetiba jadi ganas dah dapat kesan aura bomoh tersebut. Dengar kata bomoh ni pernah bertapa dekat gunung puntianak, indonesia. Memang hebat la... Dan terselit erat pisau kontot di pinggang nya (dengar kata milik wali songo, tah betul atau tak wallah hualam... Bila dikeluarnya pisau kontot tu, maka minah tersebut bertukar senyap dan membatukan diri dalam keadaan bersila. Bomoh tu menyuruh kaum hawa kuar dan yang tinggal hanyalah lelaki. Mengikut bomoh tu, dah lama dia dapat rasa kehadiran jin ni tapi baru sekarang dapat berjumpa.
Kemudian bomoh tersebut membaca sejenis mantera.. Tak ku fahami lak bahasi tapi dengar la macam ni... "ni pusa...kala.manahuyinta... bughimulak...." aduh lupa lak.Habis sahaja baca maka terus berubah wajah minah tadi menunjukkan wajah rupanya yang begitu pelik dan macam lelaki. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir pengsan dibuatnya. Tapi bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu lalu bertanya dengan kuat dan nyaring
" Mengapakah kau rasuk pelajar dekat sini hah??? Jawap!!!"
Dengan menarik nafas yang panjang maka dia pon jawap...
"Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh
Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena"
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena"
Kalau anda bomoh tersebut apa reaksi anda??
p/s: hahahaahahaha...
bengong sampai berair mata ak baca entri ni
ReplyDeletehahaha.... baru besh kan...
ReplyDeletexde entri len ke nk tulis?
ReplyDeletebek mem... tggu k
ReplyDelete